Suci Hati, Suci Minda - Penentu Nilai Insan


Kehidupan dalam jangka waktu yang pendek ini tentunya bakal membawa kesan mendalam ke atas kita dan orang-orang yang bakal ditinggalkan. Lantas apakah persepsi kita sendiri dan mereka ke atas kita?

Jawabnya mungkin mudah. Sejauh mana hati kita suci terhadap diri dan orang lain. Inilah yang bakal melabelkan status kita.

Lalu bagaimana cara untuk memperolehi satus terbaik. Pun jawabnya mungkin mudah. Adakah kita takutkan Allah. Adakah kita sedar bahawa kita adalah bertanggungjawab di atas segala rasa hati dan perlakuan kita. Ya TAKUT PADA ALLAH.

Tiada satu pun amalan kita yang 'percuma', semuanya tercatat, bakal dihitung dan diberi ganjaran sama ada geraklaku, perasaan, pemikiran, hasrat (tersirat dan tersurat) dan sebagainya. Wallahua'lam.

Cuba renung sejenak hal-hal yang 'biasa' ini...

  • Syurga dan Neraka adalah benar.
  • Setaip amal kita akan mendapat pembalasan sama ada di dunia mahu pun di akhirat. Contoh : kita menghina orang, kita pula akan bakal di hina.
  • Rasa benci pada seseorang akan membuahkan rasa benci orang itu dan orang-orang lain terhadap kita.
  • Perbuatan kita terhadap ibu bapa kita akan kita akan dilakukan pula oleh anak-anak kita kepada kita.


Cuba hayati lirik lagu ini, dan 'cheking' hati. Tersentuh atau tidak, mungkin itu lah tahap hati kita...





UNTUK KITA RENUNGKAN - EBIET G. ADE

Kita mesti telanjang dan benar-benar bersih
Suci lahir dan di dalam batin
Tegaklah ke dalam sebelum bicara
Singkirkan debu yang masih melekat..

Singkirkan debu yang masih melekat..

Anugerah dan bencana adalah kehendakNya
Kita mesti tabah menjalani
Hanya cambuk kecil agar kita sadar
Adalah Dia di atas segalanya..
Adalah Dia di atas segalanya..

Anak menjerit-jerit, asap panas membakar
Lahar dan badai menyapu bersih
Ini bukan hukuman, hanya satu isyarat
Bahwa kita mesti banyak berbenah

Memang, bila kita kaji lebih jauh
Dalam kekalutan, masih banyak tangan
Yang tega berbuat nista... oh
Tuhan pasti telah memperhitungkan
Amal dan dosa yang telah kita perbuat
Kemanakah lagi kita kan sembunyi
Hanya kepadaNya kita kembali
Tak ada yang bakal bisa menjawab
Mari, hanya tunduk sujud padaNya

Kita mesti berjuang memerangi diri
Bercermin dan banyaklah bercermin
Tuhan ada di sini di dalam jiwa ini
Berusahalah agar Dia tersenyum... oh
Berubahlah agar Dia tersenyum




Video Versi Karaoke



(Download dan mainkan. Untuk memainkan video karaoke senang guna VLC player. Pergi pada Audio - Audio Channels - Left)

IDM PreAvticated  - Download
VLC Player            - Download





0 Komentar untuk "Suci Hati, Suci Minda - Penentu Nilai Insan"

Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2014 Rasa Kami - All Rights Reserved
Template By Catatan Info