Lagu-lagu Rakyat Roslan Madun (Pahang)



Berikut adalah senarai lagu-lagu Roslan Madun. Lagu-lagu dalam format WMA dan MP3. Klik pada judul lagu untuk muat turun.

  1. Duka Megat Panji Alam
  2. Lemak Manis
  3. Menghilir Sungai Pahang
  4. Muhammad Kekasih Allah
  5. Nazam Mukjizat
  6. Puteri Wanang Sari
  7. Tebang Tebu
  8. Tun Teja
  9. Wau Wau Pepeh
  10. Seloka Pak Kaduk
  11. Gurindam Kasih Ayah dan Ibu
  12. Gurindam Pelihara Lidah
  13. Gurindam 12 Pasal Pertama
  14. Syair Siti Zubaidah

Untuk melihat video-video Koleksi Lagu-lagu Rakyat Malaysia sila klik http://www.youtube.com/playlist?list=PLeS3ZPaWsRS8fUSk6YB4ZAnvuXNcohBRh&feature=view_all

SELOKA PAK KADUK



NAZAM KASIH AYAH DAN IBU



GURINDAM 12 PASAL PERTAMA



GURINDAM PELIHARA LIDAH




SYAIR SITI ZUBAIDAH




HUJAN PELURU



Biodata Roslan Madun



Dilahirkan di Kg. Durian Tawar, Mengkarak, pada 20 Julai 1952, dan mendapat pendidikan menengah di Raub Pahang. Mula menyelidik dan mempopularkan lagu rakyat pada tahun 1981. 

Setelah berhijrah ke Kuala Lumpur pada tahun 1982, beliau terus memperjuangkan lagu-lagu rakyat, dengan mengadakan persembahan dalam majlis sastera dan majlis rasmi kerajaan di seluruh Negara . 


Lagu Lemak Manis nyanyiannya digunakan di sekolah-sekolah dan kem-kem Latihan Khidmat Negara, lagu tersebut juga sering dinyanyikan di majlis keramaian dalam berbagai bentuk, seperti koir dan nyanyian berkumpulan. Lagu Seloka Pak Kaduk pula menduduki carta Hit Gegar THR hampir satu tahun pada tahun 2009.


Beliau pernah mengadakan persembahan di luar Negara iaitu di Singapura (1982), di Padang dan Riau Indonesia (1991), di Fukuoka Jepun (1986) dan di Teajon dan Seoul, Korea (1993). 

Pada tahun 2000 balik ke Temerloh dan menubuhkan Anggun Performing Arts, anggun telah menjalankan kegiatan kecil dan besar setiap bulan termasuk bengkel2 sastera, teater dan lain2. Festival Temerloh ialah acara terbesar dijalankan dgn kerjasama MPT selama 5 tahun berturut - turut. Bakat - bakat yang lahir dari pelbagai pertandingan bercorak kesenian yang diadakan oleh Anggun kini ramai yang sudah mendapat diploma di ASWARA dan ada yang sedang mengambil ijazah di universiti tempatan.

Hingga kini beliau telah menerbitkan empat album, iaitu : 
1. Menghilir Sungai Pahang (2002)
2. Puisi Warisan (2007), 
3. Seloka Pak kaduk (2008) 
4. Koleksi Puisi Tradisional (2009) 
5. Lemak Manis (2010)

  • Beliau aktif memberi bimbingan lagu rakyat dan puisi tradisional di sekolah, maktab dan universiti. Sering diundang menjadi juri dalam pertandingan bercorak kesenian tradisional.
  • Bergiat dalam bidang sastera dan pernah menerima Anugerah Sastera Utusan/ExxoMobil kategori puisi pada tahun 2006. 
  • Turut terlibat dalam industri perfileman pada tahun 1986, bila dilantik sebagai pengarah seni untuk filem Riang Tirana, sampai sekarang beliau terus menulis skrip, berlakon, mengarah drama tv dan teater. 
  • Lanjutan dari sumbangan dan jasa didalam bidang seni, Roslan Madun telah dikurniakan PKC 2003, AAP 2006 & SMP 2009 oleh KDYMM Sultan Pahang.Lain lain jawatan yang disandang oleh Roslan Madun iaitu Ahli Lembaga Pengarah Muzium Negeri Pahang dan Penyelaras Program Penghayatan Sastera dan Budaya bagi Negeri Melaka dan beliau juga merupakan Presiden Majlis Teater negeri Pahang sekarang.
  • Beliau kini menjadi Penggiat Seni sepenuh masa, selain menyanyi beliau juga sering diundang menjadi pengacara.
1 Komentar untuk "Lagu-lagu Rakyat Roslan Madun (Pahang)"

Lagu-Lagu Rakyat Roslan Madun (Pahang) - Rasa Kami >>>>> Download Now

>>>>> Download Full

Lagu-Lagu Rakyat Roslan Madun (Pahang) - Rasa Kami >>>>> Download LINK

>>>>> Download Now

Lagu-Lagu Rakyat Roslan Madun (Pahang) - Rasa Kami >>>>> Download Full

>>>>> Download LINK

Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2014 Rasa Kami - All Rights Reserved
Template By Catatan Info