Rasa Orang Kecil : Peranan Dan Harapan Kumpulan Nasyid Kecil

Alhamdulillah, atas minat yang mendalam terhadap muzik aku telah menubuhkan kumpulan nasyid kampung Al-Jannatul Firdaus. Kumpulan ini terdiri daripada wanita, kaum ibu dan remaja, berbekalkan satu hasrat, 'membuka ruang untuk satu aktiviti berfaedah kepada mereka disamping dakwah secara langsung dan tak langsung'. Apa lagi yang mampu dilakukan dengan kemampuan yang terhad.





Persembahan Kumpulan A-Jannatul Firdaus sempena sambutan Maal Hijrah Terengganu 2010 di Taman Taman Tamadun Islam (TTI) Terengganu.

Dulu pada zaman muda aku bermain kugiran untuk maktab, lepas tu untuk Jabaran Pelajaran Negeri Sarawak sebagai ketua kumpulan (1984 -1987) mungkin kerana aku bertanggungjawab terhadap muzik dan peralatan (main tak mahir mana pun) di SMK Datuk Patinggi Hj. Abdul Gapor, Kuching. Atas rasa risau akan 'lagho' aku berhenti dan cuma iringi koir sekolah, nasyid sekolah dan kadang-kadang buat lagu sekolah dan nasyid. Rasanya okay..insyaAllah tidak menjebakkan aku ke kancah 'lagho'.



Berbalik kepada Al-Jannatul Firdaus, kami menyertai pertandingan anjuran agensi-agensi kerajaan seperti KEMAS, Yayasan Islam Terengganu, Kementerian Belia dan Sukan, Jabatan Perdana Menteri (Agama), FELDA dan lain-lain yang 'tertahu'dan 'ter-dipelawa'. Ada juga kejayaan manis kami seperti menyertai Festival Nasyid Kebangsaan, menjadi johan Festival Nasyid Terengganu 2010 (sebab itu yang terakhir dianjurkan oleh JHEAT), Johan Festival Nasyid FELDA Wilayah Terengganu 2011 dan wakili wilayah ke kebangsaan.

Apa yang mahu aku cetuskan di sini sebagai 'orang kecil' , ditujukan kepada mereka yang bertanggungjawab bahawa nasyid adalah satu cabang seni/aktiviti yang berfaedah. Adanya kumpulan nasyid berfungsi sebagai:-

  • Agen perpaduan (terutama di kampung, kawasan perumahan dsb)
  • Agen dakwah - kepada ahli dan pendengar.
  • Alternatif hiburan dan minat terutama remaja ke arah dakwah serta pembentukan minda sejahtera.
Peranan kumpulan nasyid kecil-kecilan (walaupun tak sedap nyanyiannya) amat besar, sebagaimana di atas. Akan tetapi kumpulan ini tidak akan bertahan tanpa aktiviti, terutama pertandingan di peringkat mukim, daerah dan negeri. Jadi aku menyeru kepada pihak bertanggungjawab agar terpanggil untuk mengadakan aktiviti sebegini lagi...

Pun begitu Alhamdulillah, Al-Jannatul Firdaus dijemput sekali lagi menceriakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul Terengganu 1434H, pada 24 Januari nanti di Stadium Negeri Terengganu. Terima kasih YIT.


0 Komentar untuk "Rasa Orang Kecil : Peranan Dan Harapan Kumpulan Nasyid Kecil"

Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2014 Rasa Kami - All Rights Reserved
Template By Catatan Info