Tatahias dan Hemah Diri dalam Menghadiri Majlis Rasmi Maksud Tatahias / Hemah Diri
Menjaga Imej
Kepentingan Hemah Diri Hemah diri adalah : Pakian Rohani dan Jasmani seseorang individu yang dinyatakan melalui tingkah laku dan gerak-geri Layanan Layanan mesra dan bersopan adalah amalan yang terpuji yang dituntutkan apabila kita bertemu dan berkenalan dengan seseorang seperti :
Aspek ini amat penting keranan ia menggambarkan sejauhmana seseorang itu memberi keutamaan kepada dirinya : Bahagian kepala dan muka
Tanggungjawab apabila menerima kad jemputan
Peraturan dan tatasusila di meja makan amat perlu diketahui umum bagi menjaga imej seseorang. Terdapat tetamu dalam sesuatu majlis yang bersifat bersopan santun tetapi tidak faham akan peraturan menggunakan perlatan makan dengan betul. Terdapat juga tetamu yang melihat di antara satu sama lain bagi memulakan sesuatu hidangan kerana kurang pasti mana satu peralatan yang hendak diambil. Akhirnya masing-masing menunggu orang lain untuk memulakan kerana bimbang tersalah ambil.Jika orang yang memulakan tersalah ambil atau tersalah cara, tetamu lain yang mengikuti akan turut tersilap ambil. Ini akan menjadikan semua tetamu akan makan dengan cara yang tidak sesuai. Minum sebelum makan Minum sebelum makan diedarkan oleh pelayan semasa tetamu berlegar di ruang legar. Minuman ini merupakan hidangan kepada tetamu sebelum majlis jamuan makan dimulakan. Biasanya minuman yang dihidangkan ialah jus atau minuman ringan lain. Elakkan daripada mengambil lebih daripada dua kali. Jangan meminta minuman kegemaran atau minuman lain yang tidak dihidangkan. Cara keluar masuk Masuk dan juga keluar di meja makan adalah melalui sebelah kanan kerusi tempat duduk. Napkin Setelah duduk ambil napkin dan letakkan di atas paha. Cara meletakkan napkinialah dengan memegang bucu napkin di sebelah hujung dan lipatkan sedikit Berbual Apabila berbual hendaklah dengan mereka yang berhampiran sahaja. Jika di meja bulat, perbualan terhad kepada mereka yang duduk semeja sahaja Hidangan Mengikut amalan, makanan akan dihidangkan dari sebelah kiri dan mengambil semula pinggan oleh pelayan juga dari sebelah kiri. Minuman (air sejuk) akan dihidangkan dan ditambah melalui sebelah kanan. Beri laluan kepada pelayan semasa hidangan dihidangkan dan mengambil perkakas keluar. Sentiasa berikan ucapan terima kasih kepada pelayan yang memberi hidangan. Kedudukan peralatan Sudu dan pisau terletak di sebelah kanan manakala garpu pula di sebelah kiri. Pisau kecil untuk mentega diltekkan di atas piring sebelah kiri. Gelas minuman terletak di sebelah kanan. Cara menggunakan peralatan Cara menggunakan perlatan yang disediakan ialah daripada luar ke arah dalam susunan yang. Makanan pembuka selera Makanan pembuka selera biasanya dalam bentuk cocktail prawn beserta dengan sos tertentu. Cara makan ialah dengan garpu dipegang di sebelah kanan dan suap ke mulut dengan menghala bahagian tajamnya ke bawah. Garpu kecil yang digunakan untuk makanan ini hendaklah diletakkan di atas piring lapik sebelah kanan dalam keadaan terlentang apabila selesai makan. Sup Gunakan sudu di sebelah kanan yang berbentuk bulat. Cara menyenduk sup adalah dengan menghalakan sudu ke arah luar daripada badan. Jika lada dan garam diperlukan tetapi jauh, minta bantuan daripada tetamu yang boleh mencapainya. Selesai makan sup, letakkan sudu di dalam mangkuk sup atau atas piring lapik sebelah kanan dalam keadaan terlentang. Makan roti adalah dengan cara mencubit. Jangan disapu mentega seperti burger. Hidangan ikan Jika hidangan ikan disediakan sebelum hidangan utama, limau yang disediakan bersama hidangan hendaklah diperah dengan memegang bucu limau dan menikam bahagian tengah limau itu dengan garpu dan dipusingkan garpu perlahan-lahan. Perkakas yang digunakan untuk hidangan ini ialah pisau dan garpu, dengan itu pisau dipegang di sebelah kanan manakala garpu pula di sebelah kiri. Setelah selesai makan, pisau dan garpu disusun rapat dengan mata pisau menghala ke dalam dan garpu dalam keadaan terlentang. Sorbet Selepas hidangan iakn, sorbet dihidangkan. Sorbet merupakan sejenis aiskrim dan bukannya dessert. Sorbetb dihidangkan bagi menghilangkan rasa ikan yang dimakan sebelum menikmati makanan lain. Hidangan utama (steak) Apabila makan hidangan utama, seperti steak, bahagian utama hidangan diletakkan paling hampir pada tetamu dan hidangan biasanya disertakan dengan hidangan lain. Pisau dipegang di tangan kanan dan garpu di sebelah kiri. Hidangan utama hendaklah dipotong kecil (chewable portion) dan suap ke mulut satu persatu. Dessert Dessert dihidangkan setelah selesai makan utama. Dessert adalah seperti aiskrim, pusing dan seumpamanya. Gunakan sudu kecil atau garpu yang berkenaan. Kopi Kopi dihidangkan selepas semua hidangan selesai dinikmati. Kopi hendaklah dikacau perlahan-lahan. Sekiranya memerlukan susu dan gula, tambah susu dahulu dan diikuti dengan gula pula. Merokok Elakkan daripada merokok Berjenaka Jangan berjenaka semasa makan Meninggalkan tempat duduk Apabila hendak meninggalkan meja makan hendaklah keluar antara dua hidangan dan hendaklah hidangan tersebut telah dinikmati, kecuali dalam keadaan kecemasan Cara keluar Keluar dari meja makan adalah dengan menolak kerusi ke belakang perlahan dan keluar dari sebelah kanan, tolak semula kerusi ke tempat asalnya Mencungkil gigi Mencungkil gigi adalah dianggap kurang sopan walaupun dengan cara menutup |
Dikuasakan oleh Blogger.
بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
0 Komentar untuk "Etika di majlis rasmi / Peraturan di meja makan"