Ebook Hebat Buat Para Peniaga Perolehan Kerajaan


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Mungkin ada di antara anda yang sedang menceburi bidang perniagaan, atau berminat berniaga. Tahukah anda bahawa antara jenis perniagaan yang mendatangkan keuntungan besar dan praktikal ialah 'Perolehan Kerajaan'. Apa tu? Ianya bermaksud menjalankan kerja-kerja kontraktor kerajaan seperti perbekalan kepada agensi-agensi kerajaan, perkhidmatan seperti mencuci bangunan, membuat jalan, bangunan dsb.

Kali ini saya kongsikan tips berkenaan keutamaan syarikat bumiputera untuk memenangi perolehan kerajaan. Keutamaan ini adalah diberikan bagi mengekalkan daya saing dikalangan kontraktor bumiputera agar dapat bersaing dengan kontraktor bukan bumiputera.

Bagi perolehan yang melebihi RM 100,000, Jabatan atau Agensi kerajaan dikehendaki memberi keutamaan harga kepada syarikat Bumiputera untuk perolehan bekalan dan perkhidmatan mengikut peratusan yang telah ditetapkan seperti jadual di bawah:


Nilai Perolehan Peratusan Keutamaan 

  • Melebihi RM 100,000 hingga RM 500,000 - 10 peratus
  • Melebihi RM 500,000 hingga RM 1.5 juta - 7 peratus
  • Melebihi RM 1.5 juta hingga RM 5 juta - 5 peratus
  • Melebihi RM 5 juta hingga RM 10 juta - 3 peratus
  • Melebihi RM 10 juta hingga RM 15 juta - 2.5 peratus


Keutamaan harga ini adalah berdasarkan kepada nilai tawaran terendah dan boleh diterima dari syarikat Bukan Bumiputera.
  • Contohnya tawaran terendah yang diterima oleh syarikat Bukan Bumiputera dalan sebuah tender adalah RM 10 juta. Maka peratus keutamaan adalah 5 peratus. 
  • Kiraannya adalah RM 10 juta X 5 peratus = RM 500,000 
  • Jika satu syarikat Bumiputera memasuki tender tersebut dengan RM 10.5 juta, syarikat tersebut layak diberi keutamaan untuk memenangi tender tersebut dgn syarat melepasi keperluan teknikal. Walaupun terdapat syarikat bukan bumiputera yang menawarkan harga lebih rendah dari nilai tersebut. 
  • Untuk maklumat lanjut anda boleh dapatkan ebook Rahsia Memenangi Kontrak Kerajaan yang di tulis oleh Saudara Khairul Nizam Bakar, Pakar Sebutharga Kerajaan.


Banyak lagi perkara saya kongsikan dalam ebook Rahsia Memenangi Perolehan Kerajaan yang setebal 230 muka surat, tempah ebook di sini.

Sebelum itu jika anda menginginkan ebook 102 Persoalan Kontrak Kerajaan secara percuma sila klik gambar di bawah.

0 Komentar untuk "Ebook Hebat Buat Para Peniaga Perolehan Kerajaan"

Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2014 Rasa Kami - All Rights Reserved
Template By Catatan Info