Koleksi Alunan Sape Sarawak


Kali ini saya kongsikan Album Koleksi Alunan Sape Sarawak (Free Download) serta memuatkan sedikit maklumat tentang sape. Moga bermanfaat.


ALBUM 1ikan
Sape Koleksi

  1. Sape - Belaga Baram.mp3 [5 MB]
  2. Sape - Borneo.mp3 [2 MB]
  3. Sape - Datun Julud.mp3 [3 MB]
  4. Sape - Det-Duyet Baling Chut Tunyang (Kenyah).mp3 [2 MB]
  5. Sape - Jerry Kamit - Datun Julud.mp3 [2 MB]
  6. Sape - Jerry Kamit - Save our Rainforest.mp3 [3 MB]
  7. Sape - Jok Jau Evong - Hivan Doh.mp3 [5 MB]
  8. Sape - Kawa Kabun (Kenyah).mp3 [6 MB]
  9. Sape - Kenyah.mp3 [3 MB]
  10. Sape - Lasan Sarawak Borneo.mp3 [3 MB]
  11. Sape - Ngajak Lansan.mp3 [6 MB]
  12. Sape - Orang Ulu - Hivan Kayo (Warrior Dance).mp3 [8 MB]
  13. Sape - Orang Ulu.mp3 [3 MB]
  14. Sape - Tusau Padan - Dediet Tapong Kitan.mp3 [3 MB]

File Size : 59.68mb
download btn




ALBUM 2
Sarawak Ehtnic Group - The Primitive Sound

  • 01 - Kayan Traditional Music.mp3 [8 MB]
  • 02 - Kayan Traditional Music 2.mp3 [18 MB]
  • 03 - Kayan Traditional Music 3.mp3 [13 MB]
  • 04 - Kayan Traditional Music 4.mp3 [7 MB]
  • 05 - Iban Traditional Music.mp3 [8 MB]

File Size : 56.23mb
download btn





PENGENALAN SAPE
Alat muzik Sape ini adalah alat muzik kaum orang asli yang tinggal di pendalaman .Sape mempunyai empat utas tali. Pada masa dahulu, tali-tali sape diperbuat daripada rotan yang diraut halus. Kini, dawai-dawai halus pula digunakan sebagai tali sape kerana lebih mudah diperolehi dan bunyinya lebih mantap. Diperbuat daripada kayu. Badan sape berbentuk bujur dan panjang. Bahagian muka sape rata sahaja manakala bahagian belakang sape pula ditebuk sebagai kotak bunyi. Sape dimainkan dengan cara meribanya seperti gambus. Tali sape dipetik menggunakan jari. Kemudian jari tangan yang satu lagi menekan tali-tali pada batangnya. Melodi hanya dimainkan oleh satu tali sahaja. Tali yang tiga hanya menghasilkan dengung. Sape dimainkan untuk hiburan, mengiringi upacara berubat dan mengiringi persembahan tarian tradisional seperti ngajat.
Sape diukir daripada sebatang blok kayu dengan menggunakan alatan  moden dan panjangnya boleh mencecah sehingga hampir satu meter.  Pada mulanya sape adalah alat muzik yang agak terhad fungsinya kerana sifatnya yang mempunyai dua tali dan dengan hanya tiga fret.

FUNGSI

Penggunaannya pada masa terdebut adalah sangat adalah terhad untuk majlis khas ritual sebagai muzik yang mampu membuat seolah seseorang itu dipukau atau tidak sedar diri.
Walau bagaimanapun, kini pada zaman ini, sape telah mengalami revolusi secara berperingkat menjadi instrument muzik untuk mengiringi penari atau juga sebagai satu bentuk hiburan.  Hari ini, instrument tiga, empat dan lima tali digunakan, dengan laras nada melebihi tiga octave. .

SEJARAH SAPE

Alat muzik sape ini merupak satu alat muzik tradisional yang telah diperkenalkan oleh masyarakat orang asli di Negara kita ini. Pada masa dahulu, tali-tali sape diperbuat daripada rotan yang diraut halus. Kini, dawai-dawai halus pula digunakan sebagai tali sape kerana lebih mudah diperolehi dan bunyinya lebih mantap. Diperbuat daripada kayu. Badan sape berbentuk bujur dan panjang. Bahagian muka sape rata sahaja manakala bahagian belakang sape pula ditebuk sebagai kotak bunyi. Sape dimainkan dengan cara meribanya seperti gambus. Tali sape dipetik menggunakan jari. Kemudian jari tangan yang satu lagi menekan tali-tali pada batangnya. Melodi hanya dimainkan oleh satu tali sahaja. Tali yang tiga hanya menghasilkan dengung.
Sape ini amat popular dimainkan bagi suku kaum Kayan dan juga Kenyah.ianya telah digunakan dalam majlis tari-menari sebagai contohnyatarian ‘Datun Julud’ dan Ngajat


CIRI-CIRI MUZIK SAPE
Bentuk homofoni iaitu melodi\dron.

‘TUNING’ BAGI TALI SAPE

Alat muzik sape ini juga mempunyai tunenya yang sama seperti gitar tetapi keunikkan sape ini adalah ianya boleh ditune mengikut kord.Maklumat ini saya telah saya perolehi daripada seorang pembuat Sape di Sarawak.Ianya boleh ditune mengikut lagu yang hendak dimainkan.

  • Tali pertama adalah f#
  • Tali kedua adalah  D
  • Tali ketiga adalah A
  • Tali keempat pula adalah  D

Ini adalah Tune Sape dalam nada D major.

CARA BERMAIN SAPE

Alat muzik sape ini dimainkan same seperti kita bermain gitar mahupun gambus.Tetapi,Sape ini tidak menggunakan picktrum tetapi hanya menggunakan ibu jari dan jari jemaro yang lain.Ianya dimainkan dengan melakukan strumming pada beat yang pertama dan seterusnya akan memainkan melodi pada tali yang pertama.Melodi boleh dimainkan sehingga ke bahagian paling dalam badan sape tersebut.

TEKSTUR

Apabila sape dimainkan dengan jatung Utung
-Satu sape akan menghasilkan dron\ostinato.Manakala sape yang kedua dan jatung utang akan memainkan melodi.Apabila begini,ia akan menjadi elodi kepada heterefonik(melodi yang sama tetapi telah menghasilkan variasi yang berbeza)


TOKOH

Tokoh bagi alat muzik sape ini ialah
-Jerry Kamitt
-Tasau Padan

SEJARAH TOKOH SAPE

Tasau Padan merupakan seorang lelaki berketurunan kaum Kenyah.Beliau telah meninggal dunia pada 29 Ogos 1996.Beliau juga merupakan seorang pemain sape yang terkenal di Sarawak.Beliau juga mempunyai banyak bakat.Antaranya ialah seorang penari,’craftsman’,pembuat instrument,pemain muzik,penari(warrior dancer)dan Carver.
Selain itu,beliau juda telah dijemput untuk membuat persembahan sape,tarian etnik  bagi  Sarawak ke England dan Australia.Beliau juga dianggap warisan.Selain itu,satu badan NGO telah menubuhkan tabung dengan nama beliau.

REPERTOIRE

Antara lagu-lagu yang dimainkan dalam alat muzik sape adalah seperti berikut:
1.Sambe Main Balon
2.Jempen Letoh
3.Kabun Kelewah
4.Nau-Hu.
0 Komentar untuk "Koleksi Alunan Sape Sarawak"

Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2014 Rasa Kami - All Rights Reserved
Template By Catatan Info