Solat itu wajib, tidak kira dimana dan apa juga keadaan, ia wajib dilakukan. Di sini kami akan fokuskan pada cara bersolat untuk meraka yang gemar 'outing' yang kadangkala mengembara beratus batu untuk mendaki gunung , pergi mandi-manda bersama rakan atau keluarga dan sebagainya. Di waktu itu kita dikenali sebagai musafir.
Apabila anda telah menjadi musafir, anda boleh mengqasar (memendekan) solat dari empat rakaat kepada dua sahaja:
Firman Allah (terjemahan): "Dan apabila kamu bersafar, mata tidak ada dosa atas kamu, mengqasarkan solat".(An-Nisa ayat 101).
Syarat dibolehkan qasar itu apabila:
- Perjalan melebihi 2 marhala persamaan dengan 16 farsah atau 80 kilometer(pendapat ulamak
- Jarak yang paling dekat ialah 3 batu atau farsah berdasar hadis berikut:"diriwayatkan oleh Ahmad,Abu daud,Al-Baihaqy dari Yahya ibn Yazid, Ujarnya: "saya bertanya kepada Anas ibn Malik r.a. tentang qasar solat, maka anas menjawap:(terjemahan)"Adalah Nabi SAW. apabila pergi 3 mil atau fasakh, niscaya beliau bersolat dua rakaat".(menqasar solat).
- Perjalanan bukan untuk bermaksiatApabila didalam program itu, kita kadangkala terikat dengan masa. Oleh itu islam memudahkan lagi umatnya dengan memboleh melakukan solat jamak (memgumpulkan dua waktu solat); yang dinamakan jamak takdim dan jamak Takhir.
Jamak takdim-contoh melakukan solat asar pada waktu zohor; bermakna lakukan solat zohor dua rakaat dan salam, kemudian melakukan pula solat asar dua rakaat dan salam.
Jamak Takhir-contoh melakukan solat zohor diwaktu solat asar;bermakna melakukan solat zohor dua rakaat dan salam dahulu diwaktu asar, kemudian melakukan pula solat asar dua rakaat dan salam.
Berapa lamakah solat jamak ini boleh dilakukan? itulah persoalan yang sering diterima. Ulamak bercanggah pendapat tentang ini. Ada yang mengatakan kurang dari 3@4 hari dan ada mengatakan selamanya selagi musafir. Penyelesaiyan kita ikut cara nabi dan sahabat lihat hadis dibawah:
Diterangkan oleh Al-Bukhari dari ibnu Abbas ujarnya:(terjemahan)"Nabi SAW bermukim disebahagian safarnya sembilan belas hari, bersolat dua-dua rakaat; maka kami apabila bermukim sembilan belas hari, kami solat dua rakaat. Jika lebih dari itu, kami sempurnakan."
kata hafash ibnu Ubaidillah:"Anas ibn Malik tinggal di Syam dua tahun, memgerjakan solat safar."Setelah dinyatakan secara terperinci tengtang solat qasar dan jamak; lihat pula bagaimana nak mempraktikan di dalam kegiatan rekreasi anda:
Bagaimana cara nak solat:
- Jika sudah masuk waktu solat , berehat dan berniatlah untuk qasar atau menjamakan solat.
- Berwuduk samada dengan air atau bertayamun sahaja (jika tiada air atau air terhad)
- Cari arah kiblat guna kompas atau apa saja
- Pakailah pakaian treking yang anda pakai tu, tidak payah tukar selagi tidak nampak jelas najis atau bau najis pada pakaian anda.(jangan was-was pasal peluh, tanah ,lumpuh atau apa saja itu tidak najis). Bagi lelaki yang pakai seluar contoh 'tide', atau apa saja, asalkan lebih lutut dah boleh sembahyang.
- Untuk wanita pula,pakailah pakaian treking yang anda pakai tu, tidak payah tukar selagi tidak nampak jelas najis atau bau najis pada pakaiyan anda.(jangan was-was pasal peluh, tanah ,lumpuh atau apa saja itu tidak najis).pakailah tudung yang ada;Jika baju lengan pendek, tutuplah dengan telekung, jika tiada, gunakan sarung tangan panjang kemudian gunakan sarung tangan untuk tutup tangan jari-jemari (guna stokin pun boleh). Untuk kaki pula gunakan setokin kemudian solatlah.
- Jika nak solat, ramai orang lalu lalang dihadapan anda, jadi letaklah 'sutrah', berupa beg anda, sepatu,kayu atau apa saja. Jika ada 'sutrah' dihadapan anda maka solatlah,jangan risau orang yang lalu lalang dihadapan anda.
Menggunakan kerusi sebagai 'sutrah' nota:
-Jika anda tidak mempunyai baju yang bersih (bersih dari najis-berlaku didalam darurat sahaja), atau anda malas untuk tukar pakaian (sedangkan anda tahu ia ada najis), maka solat sahaja, ia sah. Walaupun syarat solat itu 'suci dari hadas besar dan kecil','suci badan,pakaian dan tempat untuk bersolat Ulamak bercangah pendapat mengenainya, ada yang mengatakan ia adalah wajib, dan ada mengatakan ia sunat. Pendapat yang benar ialah: membersihkan diri, tempat dan pakaian dari najis adalah"wajib", tetapi ia bukan syarat sahnya solat. Ini bermakna jika seseorang itu bersolat, dengan dirinya ada najis dan tidak membersihkan diri, maka bererti ia meninggalan suatu yang 'wajib,' tetapi solatnya tetap sah.(jika mahu maklumat lanjut, refer buku 'Pedoman Solat' keluaran Thinkers Library)
-jika pakaian anda kotor akibat darah kerana gigitan pacat atau luka, usah risau solat sahaja, kerana darah itu tidak najis melainkan darah haid dan nifas.
Mengenal Najis oleh Abu Ubaidah Al Atsari
Berikut ini kami uraikan beberapa barang yang dianggap oleh sebagian kaum muslimin termasuk kategori najis padahal tidak demikian.
Darah selain darah haidh. Barangsiapa yang menyamakan antara hukum darah haidh dengan darah lainnya, seperti darah manusia atau darah binatang, maka dia telah jatuh dalam kesalahan yang fatal. Hal ini dikarenakan dalil berikut:
a) Dalil pertama:
Asal segala sesuatu adalah suci, tidak boleh dipalingkan kecuali dengan dalil yang kuat. Padahal tidak ada satu dalilpun yang menyatakan bahwa seluruh darah
adalah najis.
b) Dalil kedua:
Kisah seorang sahabat Anshor yang dipanah oleh orang musyrik dengan tiga panah ketika dia sedang menjalankan ibadah shalat, sahabat tersebut tetap meneruskan shalatnya padahal darah mengalir dan membasahi tubuhnya. Kejadian tersebut terjadi pada perang Dzat Riqo'. 28
Zhohir hadits ini, bahwasanya Nabi mengetahui kejadian tersebut. Sebab, amat mustahil sekali Nabi tidak mengetahui kejadian tersebut. Kalau memang benar demikian adanya, maka ini termasuk taqrir (persetujuan) Nabi. Seandainya darah itu najis dan membatalkan shalat, tentu Nabi tidak akan menunda penjelasan. Dan seandainya toh memang Nabi tidak mengetahui kejadian tersebut, tetapi mungkinkah Allah tidak mengetahuinya?
c) Dalil ketiga:
Dari Muhammad bin Sirin dari Yahya bin Al-Jazzar berkata, Ibnu Mas'ud pernah shalat sedangkan di perutnya terdapat kotoran dan darah domba yang disembelihnya, dan beliau tidak berwudhu' lagi. 29
d) Dalil keempat:
Hasan Basri berkata, "Kaum muslimin senantiasa shalat dengan luka-luka mereka." 30
Kesimpulannya, Imam Syaukani berkata, Apabila masalah ini telah jelas bagi anda, maka anda dapat mengetahui bahwa kaidah hukum asal darah adalah suci. Karena tidak ada dalil yang kuat untuk menajiskannya. 31
28HR. Bukhari secara mu'allaq (1/375). Al-Ha_dz berkata, Dan diriwayatkan Ahmad, Abu Dawud, Daruqutni dan dishahihkan Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al-Hakim.
29Diriwayatkan Abdur Rozaq dalam Al-Mushannaf (1/125); Ibnu Abi Syaibah (1/392); Thabrani dalam Mu'jamul Kabir (9/284) dengan sanad yang shahiih. Lihat Silsilah Ahadits Shahihah juz 1 hal. 605-608 dan Tamamul Minnah hal. 51-52 karya Al-Albani.
30Diriwayatkan Bukhari dalam Shahihnya secara mu'allaq.
31Sailul Jarar (1/44)
sumber:
2.http://cahayasunnah.wordpress.com
7.Anda boleh secara jemaah atau sendirian (terbaik adalah berjemaah). Boleh lakukan secara berdiri atau duduk.
Persoalan memgenai mengqadar solat dan solat menghormati waktu:
Sebelum lusuh teruskan penulisan, kita lihat dulu tentang bidaah untuk lebih memahami akan apa yang lusuh akan tulis nanti:
HUKUM BID’AH DALAM AD-DIEN (amalan beribadat kepada Allah)
Segala bentuk bid’ah dalam Ad-Dien hukumnya adalah haram dan sesat, sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam
“Artinya : Janganlah kamu sekalian mengada-adakan urusan-urusan yang baru, karena sesungguhnya mengadakan hal yang baru adalah bid’ah, dan setiap bid’ah adalah sesat”. [Hadits Riwayat Abdu Daud, dan At-Tirmidzi ; hadits hasan shahih].
Dan sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam
“Artinya : Barangsiapa mengadakan hal yang baru yang bukan dari kami maka perbuatannya tertolak”.
Dan dalam riwayat lain disebutkan :
“Artinya : Barangsiapa beramal suatu amalan yang tidak didasari oleh urusan kami maka amalannya tertolak”.
Maka hadits tersebut menunjukkan bahwa segala yang diada-adakan dalam Ad-Dien (Islam) adalah bid’ah, dan setiap bid’ah adalah sesat dan tertolak.
Artinya bahwa bid’ah di dalam ibadah dan aqidah itu hukumnya haram.
Catatan :
Orang yang membagi bid’ah menjadi bid’ah hasanah (baik) dan bid’ah syayyiah (jelek) adalah salah dan menyelesihi sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam : “Artinya : Sesungguhnya setiap bentuk bid’ah adalah sesat”.
Karena Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam telah menghukumi semua bentuk bid’ah itu adalah sesat ; dan orang ini (yang membagi bid’ah) mengatakan tidak setiap bid’ah itu sesat, tapi ada bid’ah yang baik !
Al-Hafidz Ibnu Rajab mengatakan dalam kitabnya “Syarh Arba’in” mengenai sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam : “Setiap bid’ah adalah sesat”, merupakan (perkataan yang mencakup keseluruhan) tidak ada sesuatupun yang keluar dari kalimat tersebut dan itu merupakan dasar dari dasar Ad-Dien, yang senada dengan sabdanya : “Artinya : Barangsiapa mengadakan hal baru yang bukan dari urusan kami, maka perbuatannya ditolak”. Jadi setiap orang yang mengada-ada sesuatu kemudian menisbahkannya kepada Ad-Dien, padahal tidak ada dasarnya dalam Ad-Dien sebagai rujukannya, maka orang itu sesat, dan Islam berlepas diri darinya ; baik pada masalah-masalah aqidah, perbuatan atau perkataan-perkataan, baik lahir maupunbatin. sumber:http://cahayasunnah.wordpress.com
Ok...setelah anda membacanya, pasti terlintas difikiran kata-kata...'kau tak solat ke!!!, ahhh tak apa, nanti aku qadar jer....atau waktu solat dah tiba.....sibuk ni..tak apa kita solat menghormati waktu jer....tak apa....(paling kerap berlaku jika pergi berjalan-jalan, pergi "outing")
Untuk pengatahuan sebenarnya tiada dalam sunnah Nabi Muhammad SAW dan sunnah para sahabat dan tabiin dan tabiin-tabiin dan seterusnya tentang meng'qadak' solat dan solat menghormati waktu. Apa yang ada ialah jika tidak solat berdosa, dan bila masuk waktu sembahyang saja tidak kira bagaimana caranya.
Bersabda Rasulullah SAW:
"barangsiapa lupa akan sesuatu solat atau tidur daripadanya, maka kifarat ialah melaksanakan (solat yang tinggal itu) dikala dia ingat." (H.R. Al-Bukhari dan Muslim dari Anas; At-taisier 1:188)
Sadda Rsulullah SAW. ini menyatakan, bahawa orang yang sengaja meninggalkan solat, tidak ada qadak baginya untuk solat yang ditinggalkan.
Iman daud dan Ibnu Hazm serta sebahagian Asy Syfi-y berpendapat:
"Sesungguhnya tidak ada keterangan yang tegas yang menyatakan kewajipan mengqadakkan solat yang telah di tinggalan itu dengan sengaja dan menganggap terlepas dari dosa apabila telah mengqadakkannya". Maka barang siapa yang meninggalkan solat itu dengan sengaja maka berdosalah ia dan hanya bertaubat untuk menhapuskan dosa itu. Kesimpulannya tiada jika berpadukan pada sunnah nabi...tiada istilah qadak dalam solat dan solat menghormati waktu.
Terserah kepada anda untuk menjadi baik atau sebaliknya, kini tiada sebab untuk tidak bersolat atas alasan kesuntukan masa,pakaian kotor atau terlalu penat atau nanti boleh qadak,apa saja alasan untuk tidak bersolat.
Sekian saja, yang dapat lusuh catatkan, yang baik dari Allah dan yang buruk datang dari kesilapan diri sendiri. Jika ada kesilapan didalam penulisan ini harap dimaafkan dan tegurlah demi kebaikan bersama.
Sumber rujukan:
Buku:
1.Asas-asas fardu ain (ustaz sulaiman endut-pustaka haji andul majid)
2.Pedoman solat (Prof. dr. TM Hasbi Ash Shiddieay-Thinkers Library)
3.Fiqh Nabawi (Muhammad Thalib-Darul Nu'man)
Sumber internet:
1.http://www.mail-archive.com/assunnah@yahoogroups.com
2.http://cahayasunnah.wordpress.com
0 Komentar untuk "Cara Bersolat Ketika Berrekreasi"