12 Cara Menggunakan Flysheet Sebagai Tempat Berlindung





Cara 1, Semua orang tahu cara memasangnya, ia mudah sahaja, cuma dengan menggunakan satu tali (yang kuat). Setelah menentukan ketinggian yang sesuai bagi 'flysheet' tersebut dan kemudiannya  ikatlah tali antara dua pokok (atau apa saja)yang berhampiran. Tegangkan tali tersebut, apabila sudah tegang dan lurus barulah diletakan 'Flysheet' di atasnya dan ikat tali pada lubang yang telah disediakan di 'flysheet' tersebut. Setelah itu, tariklah 'flysheet' dan ubahsuai agar ia rata dan tegang dan kemuan ikatlah tali pada pancang kayu atau apasa yang ada disekitar anda.



Cara 2. Hampir sama seperti di atas, perbezaannya ialah ianya menggunakan dua kayu yang ditanam (tongkat pun boleh) ianya mudah sahaja, cuma dengan menggunakan satu tali (yang kuat), laraskan ketinggian  yang sesuai bagi 'flysheet', kemudian ikat tali antara dua kayu@tongkat dan buatlah tali pengimbang (rujuk gambar) sebagai pasak kepada kayu.@tongkat  tesebut, mengunakan kayu pun boleh. Tegangkan tali tersebut , apabila sudah tegang dan lurus barulah di letakan 'Flysheet' diatasnya dan ikat tali pada lubang yang telah disediakan di 'flysheet' tersebut. Setelah itu, tariklah 'flysheet' dan ubahsuai agar ia rata dan tegang dan kemuan ikatlah tali pada pancang kayu atau apasaja  yang ada disekitar anda.


Cara 3. Dari segi teknikal pemasangan 'flysheet' dan tali sadalah sama seperti cara yang pertama. Cuma perkara yang pertama mesti dilakukan ialah pasang 'hammock' dahulu, setelah itu baru 'flysheet'.







Cara 4.  Dari segi teknikal pemasangan 'flysheet' dan tali adalah sama seperti cara yang pertama, cuma kita kena pasang khemah dahulu kemudian barulah laraskan ketinggian untuk 'flysheet'. Kita diberi pilihan samada mengikat tali pada pokok atau pancang kayu atau apa saja. 







 Cara 5. . Untuk melakukannya carilah pokok yang boleh dilentur. Lenturkan pokok tersebut kemudian ikat di hujung pokok dengan tali dan ikat tali pada pancang (rujuk gambar). Setelah itu, ikatlah hujung 'flysheet' pada ranting atau dahan pokok dan tegangkan 'flysheet', dengan  tali di tempat yang perlu. Cara ini sesuai jika kekurangan tali atau tiada tali utama atau yang hendak cepat tempat berlindung.




 Cara 6 . Untuk melakukannya carilah pokok berdahan atau beranting panjang. Setelah itu, ikatlah sedikit hujung 'flysheet' dengan tali dan ikat pada dahan (rujuk gambar) dan tegangkan 'flysheet', dengan  tali ditempat yang perlu. dibahagian belakang pula pacak kayu untuk mengikat tali lain (rujuk gambar).Cara ini sesuai jika kekurangan tali atau tiada tali utama atau yang hendak cepat tempat berlindung.




Cara 7 . Untuk melakukannya carilah pokok yang berdahan rendang.Setelah itu, ikatlah pertengahan 'flysheet' pada dahan pokok dan tegangkan 'flysheet', dengan  tali ditempat yang perlu (rujuk gambar). Cara ini sesuai jika kekurangan tali atau tiada tali utama atau yang hendak cepat buat  tempat berlindung.






Cara 8 . Untuk melakukannya pasang dahulu disemua penjuru 'flysheet' dengan tali (rujuk gambar). setelah itu barulah masukkan tongkat atau kayu, dan letak ditengah-tengah 'flysheet' laraskan mengikut kesesuaiyan. Ingat sebelum itu letaklah pada hujug kayu@tongkat itu pengalas agar 'flysheet' tidah rosak.Cara ini sesuai jika kekurangan tali atau tiada tali utama atau yang hendak cepat buat  tempat berlindung.




 Cara 9 . Untuk melakukannya kumpulkan beg galas secara tersusun (rujuk gambar)kemudian pasang 'flysheet' dan tegangkannya dengan tali. Cara ini sesuai ditanah lapang atau anda terlalu penat untuk pasang khemah.









Cara 10 . Untuk melakukannya letak kayak dikawasan yang rata dan sendengkan ia.. Ambil dua kayu atau batu untuk melaraskan pada kayak agar kayak tidak tumbang. kemudian pasang 'flysheet' dan tegangkannya dengan tali atau batu. 









 Cara 11 . Untuk melakukannya cari balak yang tumbang. bersihkan kawasan sekitar. kemudian pasang 'flysheet' di atasnya (refer gambar) dan tegangkannya dengan tali atau batu. Boleh buat cara ini jika kecemasan.








 Cara 12. Untuk melakukannya cari pokok atau guna dahan kayu.semagai penyokong dan dapat kayu untuk dijadikan bingkai untuk khemah.. Bersihkan kawasan sekitar. kemudian pasang 'flysheet' diatasnya (refer gambar) dengan cara mencerut dan ikat dengan tali (refer gambar)dan tegangkannya dengan tali atau batu. Boleh buat cara ini jika kecemasan.


0 Komentar untuk "12 Cara Menggunakan Flysheet Sebagai Tempat Berlindung"

Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2014 Rasa Kami - All Rights Reserved
Template By Catatan Info