Khasiat Daun Pudina


DAUN PUDINA, BUKAN SAHAJA SERING DIGUNAKAN UNTUK MEYEGARKAN NAFAS BERBAU SEPERTI YANG DIGUNAKAN DI DALAM KEBANYAKAN PRODUK SEPERTI UBAT GIGI,PENYEGAR MULUT DAN SEBAGAINYA. DAUN PUDINA YANG BERBAU WANGI INI JUGA MEMPUNYAI BANYAK KEGUNAAN DAN MAMPU MENGATASI BEBERAPA MASALAH KESIHATAN SEPERTI BERIKUT :
1. Sistem Pencernaan
Daun pudina juga turut digunakan di dalam hidangan makanan, terutama dalam sajian pembuka selera ini bersifat menyihatkan, malah aroma pudina dari daun pudina akan mengaktifkan kelenjar air liur dan kelenjar yang menghasilkan enzim pencernaann.
2. Gangguan pernafasan
Masalah hidung tersumbat? Daun pudina juga menjadi ubatnya. Aroma pudina yang segar amat efektif untuk membantu melegekan saluran pernafasan dengan membuka laluan pernafasan pada hidung, tenggorok dan paru-paru. Kepada yang menhidap batuk, aroma pudina ini juga membantu untuk mengatasinya.
3. Rawatan kulit
Cuba pula buat jus pekat dari daun pudina. Letakkan sedikit sahaja air. Kisar atau tumbuk daun pudina dan sapukan pada wajah untuk dijadikan masker. Selain menghalus kulit, jangkitan, gatal-gatal dan masalah jerawat pasti dapat diatasi. Tak kurang bagusnya juga daun ini kerana ia boleh dijadikan pelindung dari gigitan nyamuk.
4. Mual Dan sakit
Aroma pudina yang menyegarkan juga boleh dijadikan sebagai ubat yang baik untuk mengatasi masalah mual dansakit kepala. sapukan minyak daun pudina, hidung dan hidulah bau segar yang terdapat padanya. seiring dengan rasa mual, rasa sakit kepala juga dapat diatasi.
5. Kesihatan mulut 
Umum sudah mengetahui tentang kesihatan daun pudiana yang begitu popular, iaitu untuk kesihatan dan kesegaran mulut. kemampuannya untuk mengatasi kuman dan menghalang pertumbuhan bakteria berbahaya di dalam mulut menjadikan daun ini tumpuan pengusaha yang mengusahakan produk sedemikaian. tak hairanlah juga nafas kita berasa setiasa segar apabila sering menggunakannya.
6. Asma
Pengunaan daun pudina secara rutin juga boleh membantu penghidap asma untuk memberikan rasa relak di samping memberikan kelegaan pada sistem pernafasan.
0 Komentar untuk "Khasiat Daun Pudina"

Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2014 Rasa Kami - All Rights Reserved
Template By Catatan Info