Islam, Isteri Solehah dan Kekeluargaan


Isteri solehah adalah lebih baik daripada bidadari syurga. 
Isteri solehah merupakan cita-cita wajib seorang perempuan.  Keinginan menjadi 'isteri solehah' membawa pengertian keinginan untuk menjadi Islam yang patuh serta mengharapkan Syurga Allah. Agak sukar untuk menjadi isteri solehah (isteri yang direhdai Allah dan suaminya) kerana manusia mudah ditewaskan oleh perasaan dan hawa nafsu yang ditipu oleh syaitan tanpa disedarinya. Ianya menuntut azam, kecekalan dan kekuatan hati serta iman yang kental untuk merealisasikannya.

Dari Usamah Bin Zaid –radhiyallahu anhu- beliau berkata: Rasulullah –shalallahu 'alaihi wasallam- bersabda:


«قُمْتُ عَلَى بَابِ الْجَنَّةِ فَإِذَا عَامَّةُ مَنْ دَخَلَهَا الْمَسَاكِينُ، وَإِذَا أَصْحَابُ الْجَدِّ مَحْبُوسُونَ إِلاَّ أَصْحَابَ النَّارِ فَقَدْ أُمِرَ بِهِمْ إِلَى النَّارِ وَقُمْتُ عَلَى بَابِ النَّارِ فَإِذَا عَامَّةُ مَنْ دَخَلَهَا النِّسَاءُ». رواه مسلم (رقم:7113).
"Aku berdiri di depan pintu syurga, lalu (kulihat) kebanyakkan orang yang masuk kedalamnya adalah orang orang miskin, dan orang orang yang kaya di tahan kecuali penghuni neraka mereka di suruh untuk masuk keneraka, dan aku berdiri di depan pintu neraka maka (kulihat) kebanyakkan yang masuk kedalamnya adalah wanita". (H. R Muslim, no. 7113).   


Hadith di atas menimbulkan rasa gerun kita agar tidak tergolong ke dalam golongan yang malang itu. Oleh itu berusahalah, insyaAllah dengan niat yang suci usaha kita diberkatiNya. Untuk menjadi isteri solehah seseorang wanita perlu memiliki ciri-ciri berikut.
  1. Mendirikan solat 5 waktu dengan kusyuk. Ini adalah ciri utama seorang isteri solehah. Hubungan yang baik dengan pencipta akan mewujudkan hubungan yang baik sesama insan. Dalam beribadat sayugia diingat bahawa amalan kita akan sia-sia selagi kita berada dalam murka suami dan belum diampunkan.
  2. Cukup dan bersyukur dengan kurniaan Ilahi. Sentiasa bersyukur kerana dikurniakan nikmat memiliki suami, nikmat memilki anak, nikmat rumah,nikmat hidup, nikmat dapat melihat dan segala nikmat yang Allah Swt kurniakan. Hidup dengan penuh sabar dan sentiasa cukup ini akan memberi ketenangan dunia dan akhirat. Kebahaagian ini adalah kebahagian sebenar yang kekal. Kita harus menanamkan dalam hati kita dengan perasaan cukup dengan pemberian suami.
  3. Taat kepada suami adalah ciri utama wanita solehah. Isteri ibarat pakaian suami. Isteri adalah penenang kepada suami disaat kegusaran. Isteri solehah adalah isteri yang melebihkan suami berbanding dirinya sendiri, apa lagi sebarang manusia yang lain.
  4. Isteri soleh adalah lebih baik daripada bidadari syurga, isteri soleh merupakan pelindung maruah suami, penjaga harta serta pendidik kepada anak-anak dan dijanjikan Allah dengan banyak kelebihan berbanding bidadari syurga yang tidak tergambarkan oleh kita.
  5. Sabar adalah sifat yang dibentuk oleh isteri solehah. Hidup ini adalah persinggahan, pelbagai ujian akan ditempuhi. Dan sabarlah dalam menempuhi perjalanan hidup ini menuju jannah.
  6. Bijak bebelanja dan pandai ekonomi, kehidupan di dunia tidak lari dari keperluan hidup. Kebijaksanaan dalam ekonomi serta kemahiran bebelanja akan memelihara keluarga dari hutang yang tidak perlu.
  7. Pandai mengaji Al-Quran merupakan aset utama seorang isteri solehah. Isteri solehah yang berpegang teguh pada ajaran Al-Quran dan Hadis akan melindungi diri dari azab dunia dan akhirat.
  8. Sedekah merupakan amalan isteri solehah. Sedekah membawa maksud berkongsi harta


Doa pelembut hati suami atau isteri yang panas baran
Adakah anda mempunyai suami atau isteri yang panas baran. Hati yang panas baran ini adalah kawan syaitan. Justeru dalam dunia yang penuh cabaran ini, dugaan dan cabaran perlu dihadapi. Sama ada suami dan isteri yang panas baran dan suka marah tak tentu pasal dan perkara yang remeh temeh.


Image
Taa’ Haa.
Image
Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.
Image
Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah. Allah
Image
(Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.
Image
Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy.




Surah Al-Baqarah ayat 102 Elak Suami Isteri Bergaduh

Pergaduhan suami isteri merupakan suatu perkara yang tidak dapat dielakkan. Bak kata pepatah bumi mana tak ditimpa hujan dan laut mana yang tidak bergelora. Namun, dalam menjalani kehidupan berumah tangga sifat amarah yang keterlaluan akan menjadi barah dalam sesuatu hubungan. Perselisihan pendapat yang kecil jika tidak diatasi dengan segera boleh bertukar menjadi buruk. Lebih-lebih lagi salah satu pasangan bersifat panas baran yang tidak munasabah. Hal ini dapat di elakkan dengan mengamalkan membaca surah Al-Baqarah ayat 102.

Image


Allah berfirman: Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: “Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)”. Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.


Doa Penyembuh Penyakit Hati.

Hati yang sukar dididik adalah yang mempunyai penyakit hati. Islam telah menggariskan dan menyediakan pelbagai cara bagi mengekang penyakit yang bakal mengakibatkan kebencian Allah ini. Di antaranya ialah doa berikut.


Ayat ini adalah tergolong daripada Ayat-ayat Syifa yang boleh dijadikan amalan bagi menyembuhkan penyakit hati dengan izin Allah S.W.T termasuk penyakit hati. Antara bentuk penyakit hati ialah seperti:
  • Dengki
  • Khianat
  • Pemarah
  • Pendendam
  • Sukar menerima nasihat dan teguran
  • Sombong dll

Marilah kita sama-sama amalkannya supaya jiwa dan jasad kita dilindungi Allah. Bacalah ayat ini sebagai doa untuk diri sendiri dan keluarga.

Baca artikel berkaitan : Syukur Kerana Aku Wanita

0 Komentar untuk "Islam, Isteri Solehah dan Kekeluargaan"

Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2014 Rasa Kami - All Rights Reserved
Template By Catatan Info